Wednesday, January 9, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR): Polis seakan telah merancang bertindak ganas.

Himpunan Kebangkitan Rakyat ( HKR ): Polis seakan telah merancang bertindak ganas.
Mengikut kata Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat ( HKR ), Tuan Haji Mohammad Sabu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar berjanji Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini akan menjadi detik bersejarah dan menjamin ia paling aman di bawah keselamatan anggotanya.

Berdasarkan kepada pengalaman lepas, Kerajaan Rakyat ingin memberi peringatan kepada pihak penganjur dan para demonstran Himpunan Kebangkitan Rakyat supaya jangan terus percaya janji-janji manis daripada pihak polis.

Berita berkaitan (baca di sini) dengan jelas menggambarkan bahawa pihak polis seakan telah merancang dan berusaha akan bertindak ganas terhadap para demonstran Himpunan Kebangkitan Rakyat ( HKR ) pada hari Sabtu, 12. 1. 2013 nanti.

Perlu diingat PDRM bukan badan bebas dan terlalu jarang polis bertindak mengikut etika perjawatan mereka! 

Ingat perkara berikut:




- Perasuah banyak dikalangan anggota polis.
- Perogol juga ramai dikalangan anggota polis.
- Pemeras ugut tidak kurang dikalangan anggota polis.
- Perompak dan penyamun memang ada dalam anggota polis.
- Ramai anggota polis yang tidak tahu undang-undang polis.
- Ramai anggota polis yang langgar undang-undang polis.
- DAN YANG PALING UTAMA: Polis bertindak mengikut arahan, BUKAN kebijaksanaan. Maksudnya kalaupun ada polis yang bijak, tetapi mereka terpaksa mengikut arahan demi menjaga 'periuk nasi' mereka. Dalam perkataan lain, mereka lebih rela dibodohkan demi perut!!!

Walau bagaimanapun, walau setinggi langit sekalipun prejudis Kerajaan Rakyat terhadap PDRM, Kerajaan Rakyat masih menaruh harapan agar pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar benar-benar berpegang kepada janjinya dan tidak menrelakan harga dirinya dan anggota polis dinoda dan dicabul oleh pemimpin Umno keparat!!!

Salam hormat,
Mohd Sofi Yassin,
Kerajaan Rakyat.