Wednesday, January 30, 2013

Jerat Valentine’s Day


PUTRAJAYA — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan turun padang bersama kira-kira 250 sukarelawan dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bagi menjayakan Kempen Jerat Valentine Day di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Bukit Bintang dan Masjid India, Sabtu ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, program itu bertujuan mendedahkan sukarelawan kepada aktiviti bersemuka dengan masyarakat dalam membina kesedaran bagi membanteras gejala sosial.
Menurutnya, cara ini dapat membina keyakinan, keberanian, daya bertindak serta kesepaduan gerak kerja kalangan sukarelawan, membanteras gejala sosial di samping membina kemahiran berkomunikasi dan interaksi mereka dengan kumpulan sasar.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2005 memutuskan bahawa roh perayaan Valentine’s Day dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Katanya, menjelang hari yang disebut Velentine’s Day pastinya gejala maksiat dan zina menjadi-jadi terutama di kalangan remaja dan belia sekitar pusat bandar raya.— BERNAMA