Tuesday, January 22, 2013

Kami yang bernama Rakyat

kerajaan rakyat anwar ibrahim
Kami yang bernama Rakyat
Berikrar tanpa surat
Bangkit penuh semangat
Menentang umno si pengkhianat

Kami yang bernama Rakyat
Ingat kisah riwayat
Penipuan umno zalim teramat
Merakus harta, membunuh rakyat

Kami yang bernama Rakyat
Hidup susah miskin melarat
Pergerakan diganggu-gugat

Kami yang bernama Rakyat
Membanting tulang melimpah keringat
Mencari rezeki bergadai hayat
Bila pilihan raya baru kami diingat

Tropicana, 21012013