Kita semua perlukan Anwar Ibrahim ~ Sofi, Kerajaan Rakyat

Monday, January 28, 2013

KEADILAN: Fokuskan gerak kerja jentera menghadapi pilihan raya


KEADILAN mensasarkan kemenangan Pilihan Raya Umum ke 13  PRU 13
Mensasarkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), KEADILAN hari ini mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebagai persiapan terakhir misi menawan Putrajaya.
Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti memfokuskan gerak kerja jentera menghadapi pilihan raya.
“Fokus utama dalam mesyuarat pagi tadi tumpuan diberikan kepada gerak kerja parti. Semuanya berkaitan persiapan pilihan raya supaya memfokuskan persiapan jentera.
“Memandang kepada mood rakyat, kita (Pakatan Rakyat) ada harapan besar ke Putrajaya. Malang jika kita tidak perkuatkan jentera. Perkemaskan gerak kerja jentera adalah perkara paling penting,”

Menurut Ahli MPP, Fariz Musa, perkara yang turut dibangkitkan adalah masalah dalaman supaya diselesaikan secara baik.
“Pentingnya sekarang mesti lupakan masalah dalaman. Kita mesti sepakat dan bersatu untuk jadikan pilihan raya ini paling bersejarah.
“Jangan jadi seperti Umno, semua pemimpin mesti terima keputusan parti dengan berlapang dada kerana misi utama mahu tumbangkan kerajaan korup sekarang dan bukan bersifat pentingkan diri sendiri,” ujar Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu itu.
Tambahnya, perkara utama yang perlu dilakukan peringkat negeri mahupun Cabang adalah turun padang berjumpa rakyat.
“Hari ini MPP seluruh negara lebih kurang 60 orang bersama dalam mesyuarat membincangkan gerak kerja peringkat Negeri, Cabang dan Ranting supaya mereka bergerak untuk turun padang memberikan penerangan kepada rakyat,” jelas beliau.
Lihat di sini, perangai sultan atau setan?