Tuesday, January 22, 2013

Kote dalam seluar pun Soi Lek tunjuk, ini dokumen, kecik punya hal laa


Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin
Presiden MCA siap tunjuk kote dalam seluar dia lagi, siap buat video lagi beb... tarak hal pun. Ini Bank Islam je sesaja nak buat hal. Inilah penyakitnya bila syarikat koperat menjadi keparat.
KUALA LUMPUR 22 Jan: Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata, laporan polis yang dibuat Bank Islam ke atasnya adalah taktik ugutan dan gangguan.
“Ini hanyalah taktik ugutan dan gangguan terhadap saya. Saya tidak melihat mengapa perkara ini bertukar menjadi kes polis.
“Saya menegaskan dakwaan yang terkandung dalam laporan polis dibuat oleh majikan saya bukannya tentang apa-apa kesalahan jenayah.

Bank Islam sebelum ini membuat laporan polis terhadap Azrul atas dakwaan memiliki dan mengedar dokumen sulit syarikat tanpa kebenaran.“Paling penting, ia hanya satu perkara sivil yang kini merupakan subjek siasatan dalaman antara majikan saya dan diri saya,” katanya dalam kenyataan kepada Keadilan Daily.
Menurut Ketua Jabatan Sumber Manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam, dokumen itu melibatkan satu cadangan korporat melibatkan bank tersebut.
Laporan bertarikh 18 Januari itu menyebut Jamilah mendakwa Azrul menyalin dokumen ‘sulit dan sensitif’ terbabit dan menghantarnya melalui emel kepada pihak ketiga.