Wednesday, January 23, 2013

Siapa bersama Anwar?

Jam 11 pagi tadi, di ibu pejabat KEADILAN telah berlangsung sidang media bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lt. Jen. (B) Dato' Ghafir Abd Hamid, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat ATM.

Pada sidang media tersebut, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir Kementerian Pertahanan.

Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan.

Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid itu turut menimbulkan isu pembelian senjata melalui rundingan terus yang hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik.

“Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi. Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi,” katanya lagi.


LT. JEN. (B) DATO' ABD GHAFIR BIN ABD HAMID
BIODATA RINGKAS: LT. JEN. (B) DATO' ABD GHAFIR BIN ABD HAMID

Lt. Jen. (B) Dato' Abd Ghafir Bin Abd Hamid merupakan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia di antara tahun 2000 hingga 2005. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pemerintah Batalion Malbat ke Namibia.

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya.


Dictatorial leadership