Friday, January 4, 2013

Tan Sri Robert Phang saman Tan Sri Musa Hassan RM100 juta


Robert Phang saman Musa Hassan RM100 juta
Bekas anggota Majlis Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, hari ini.

Saman itu difailkan melalui Tetuan S N Nair and Partners di kaunter pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Phang mendakwa Musa telah memfitnahnya dalam satu sidang akhbar Mywatch, Dìsember tahun lalu.