Monday, January 28, 2013

Tempat pemujaan dapatkan nombor ekor


Rumah Mona Fandey jadi tempat pemujaan dapatkan nombor ekor

RAUB (Pahang): Pembunuhan kejam seorang ahli politik Malaysia oleh seorang 'bomoh' wanita telah berlaku sekitar 20 tahun lalu.
Namun, keghairahan untuk cepat kaya telah menyebabkan segelintir individu sanggup 'berkampung' di sebuah rumah lama milik bomoh wanita itu, Mona Fandey, atau nama sebenarnya Maznah Ismail, di Kampung Peruas, Ulu Dong, di sini.
Mereka berbuat demikian sebagai mengamalkan kegiatan 'menurun' atau 'ngangkung' nombor ekor, lapor sebuah akhbar tabloid Malaysia, semalam.
Mona, 46 tahun, bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman, 45 tahun, dan pembantu mereka, Juraimi Husin, 32 tahun, didakwa membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris, di rumah itu pada 1993.

Mereka didapati bersalah dan telah dikenakan hukuman mati.
Perkembangan yang berlaku di sekitaran rumah Mona pula telah didedahkan oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Encik 'Azli', 38 tahun, dari sebuah kampung berhampiran, menurut Metro Ahad.
Menurut akhbar itu, Encik Azli mendakwa beliau pernah menyaksikan sekumpulan pemuda ke rumah itu kononnya untuk mendapat 'petunjuk' nombor ekor bagi mencerahkan peluang memenangi hadiah utama yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Encik Azli berkata beliau pernah bertemu seorang kaki nombor ekor lalu bertanyakan tujuan pengunjung itu melakukan upacara tersebut di tempat itu.
Menurutnya, pengunjung itu menjawab bahawa dia 'memuja' Mona bagi membolehkannya meraih hasil daripada nombor yang dihajatinya.
"Itu yang mereka percaya, jika 'menurun', lebih mujarab. Mungkin semua itu disebabkan latar belakang Mona yang juga bomoh dan kes pembunuhannya tidak lama dulu.
"Saya tak pasti apa jampi mereka di sana, tapi saya lihat mereka memang bersungguh-sungguh. Mereka datang beramai-ramai antara empat dengan enam orang," kata Encik Azli ketika ditemui akhbar tabloid Malaysia itu.
Menurutnya, individu-individu itu turut membawa bersama mereka beberapa batang lilin, colok, kertas dan kemenyan untuk upcara itu.
Encik Azmi juga berkata, kawasan bekas rumah Mona kini dipenuhi belukar dan semak-samun.
Seorang lagi penduduk kampung, Encik Mohd Yaacob Mat Lia, mengakui bahawa beliau pernah terserempak kumpulan lelaki - dipercayai 'orang luar' - berkunjung di situ untuk mendapatkan nombor ekor.
Beliau pernah menyergah mereka ketika mereka sedang mengamalkan perbuatan syirik itu.
Namun, dedahnya, kumpulan lelaki berusia antara 20-an dengan 40-an tahun itu tidak serik dan kembali semula ke tempat itu - biasanya pada Khamis malam Jumaat, menjelang waktu maghrib.
Nah !! ini bukti betapa Najib membiarkan, malah turut sama dalam persundalannya bininya, Rosmah Mansor. Sebagai Perdana Menteri yang melolong mendesak rakyatnya berjimat-cermat, adalah sesuatu yang jelas ...
Rosmah Mansor is the cause of obesity in Malaysia. Malaysians think obesity is not a problem. What really makes ... Rosmah Mansor sundal, patutpun anaknya gampang!! (20 comments) · Kesihatan Tun Dr. Mahathir kritikal, ...
Blogger-blogger PR ni suka sangat fitnah Rosmah Mansor... kesian Najib... Cuba-cubalah bawak fikir sikit.... kan Rosmah tu pandai menabung.... Rosmah kata dia beli cincin Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamond ...
Berpeluh-peluh Rosmah Mansor isi berkotak-kotak kuih raya ..... ini pun kena beritau orang kampong.. Rosmah Mansor ni memang 'pengasih' orangnya!! Sudah banyak memberi... sudah penat bekerja.... barulah Rosmah ...
Selepas mendapat peruntukan RM211 juta bagi tahun 2010 dan 2011, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu peruntukan yang lebih untuk Program Permata Negara (Permata). Bernama hari ini ...