Sunday, February 17, 2013

Alamak... tak bolih hina Raja-raja Melayu? Hina agama Islam, bolih?


Kerajaan Rakyat harap sangat Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom baca dulu kisah ini dan ini, kemudian tengok gambar-gambar perangai buruk raja-jaja Melayu di sini, agama Islam ada ajar ke buat macam ini, atau macam ini dan perangai macam setan ini, layakkah diangkat menjadi sultan?
... dan baca apa Raja ini tulis.
Sudah tengok? Sudah baca? Sekarang Kerajaan Rakyat mohon kepada Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom, tolong jawab soalan saya di sini

Sekiranya kamu gagal menjawabnya, maka rakyat terbanyak akan semakin keliru, apakah faedah raja-raja Melayu ini kepada orang Melayu?.
adnan yaakob tunjuk isyarat lucah
Jantan sundal ni tunjuk isyarat lucah, kenapa tak penjarakan?
Alamak... Tindakan lebih tegas hina Raja-raja Melayu

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Kerajaan didesak mengenakan tindakan lebih tegas terhadap individu yang bertindak biadab terhadap institusi kesultanan Melayu sebagai pengajaran kepada pihak lain.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu berasa kecewa dan terkilan dengan tindakan terbaharu seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

"Jika kerajaan gagal buat demikian, takut ada pihak lain melakukan perkara lebih teruk daripada tunjuk isyarat lucah. Sebagai lambang negara, undang-undang kena ada kekuatan, supaya mereka ini tidak biadab dan kurang ajar kepada raja-raja Melayu.

"Saya percaya, lebih 27 juta rakyat negara ini tidak terfikir untuk biadab kepada Tuanku, tapi terdapat mereka yang diberi pelajaran dan dihantar ke luar negara, balik ke negara ini tunjuk biadab kepada Tuanku dan raja-raja Melayu pula," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Perbuatan biadab seorang juruukur bahan di Singapura itu yang sengaja menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan seorang anggota polis sebelum ini, terbalas apabila dia dihukum penjara 30 hari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang.

Leong Pei Koe, 29, menerima hukuman atas perbuatannya itu selepas mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali mencadangkan individu yang menunjukkan isyarat lucah kepada raja-raja Melayu selepas ini dikenakan tindakan buang daerah. - Utusan