Friday, February 15, 2013

Bab inilah yang aku menyampah sesangat kat Wanita Keadilan


Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin

Pemimpin lelaki tak pernahpun kecoh nak kan calon lelaki ditambah. Wanita Keadilan ni kecoh betul la, baru setahun dua kenal politik, dah mengenyam nak jadi calon. Bila tak dicalonkan, haaa.... mula la tarik muka 14... macam terompah senget... nyampah aku.. ahakzzz



Wanita Keadilan ni berjuang dalam parti jenis mengenyam nak jadi calon agaknya! Tak malu ke pada Muslimah PAS yang berjuang dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, apatah lagi untuk dicalonkan.. !!! Nampak sangat wanita Keadilan ni seakan sama spesis dengan wanita Umno. Jenis cari glamour. Menyampah aku... 

KEADILAN yakin calon wanita mewakili parti itu akan menang besar pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berkata, ini berdasarkan rekod pemimpin wanita yang komited dengan perjuangan parti.

Menurutnya, peratus calon wanita yang ditonjolkan dalam PRU 13 akan bertambah mengikut agenda untuk menjadikan 30 peratus pemimpin wanita dalam parti.

“Kita mahu 30 peratus calon wanita. Tapi setakat ini sudah dapat 20 peratus. Berdasarkan prestasi, calon wanita juga mempunyai potensi menang besar seperti calon lelaki.


“Setakat ini senarai calon wanita sudah ada dalam 40 hingga 50 orang. Semuanya masih dalam proses kerana melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen,” katanya kepada Keadilan Daily.

Zuraida berkata, keyakinan itu atas dasar perjuangan wanita yang tidak berbelah bagi apabila melibatkan urusan parti walaupun dibebani pelbagai tugasan harian.

“Rakyat tidak mudah untuk menolak calon wanita kerana mereka yakin wanita berusaha keras untuk mendampingi rakyat. Mereka lebih tabah, bersemangat dan setakat ini rekod pemimpin wanita masih bersih.

“Alhamdulillah, semua calon wanita kita diterima rakyat. Cuma kali ini berkat kerja keras, tidak akan ada halangan untuk menang. Muka-muka lama InsyaAllah kita kekalkan, tapi pastinya ada penambahan muka-muka baru,” jelas Ahli Parlimen Ampang itu.

Dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, lapan calon wanita KEADILAN berjaya memenangi kerusi peringkat Parlimen dan DUN.

Daripada itu, KEADILAN berjaya memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN.

Pakatan Rakyat berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan 196 kerusi DUN