Pilihan raya kecil N25 Kajang. Kita semua perlukan Anwar Ibrahim ~ Sofi, Kerajaan Rakyat

Thursday, February 14, 2013

Bomoh: Apa yang Rosmah Mansor lakukan adalah amalan biasa ahli politik

Datin Seri Rosmah Mansor
“Saya yang bawa bomoh itu ke rumah Rosmah di Kuala Lumpur, menyediakan hotel penginapan, tiket perjalanan, malah nombor akaun bomoh itu pun saya ada,
Bomoh itu digunakan untuk orang akur atau perlu diakurkan. Saya sendiri saksikan upacara perbomohan,” kata Deepak Jaikishan
Komen Kerajaan Rakyat: Apa yang didedahkan oleh Deepak Jaikishan bukanlah sesuatu yang menggemparkan kerana amalan berbomoh yang didakwa dilakukan oleh Datin Seri Rosmah Mansor telah lama menjadi bualan masyarakat. Mereka yang pernah bertugas di Jabatan Perdana Menteri, semasa Najib Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri, amat mengetahui perangai Rosmah Mansor yang menjadi pemuja bomoh. Lebih dari itu, mempercayai kuasa ilmu hitam dan 'power' bomoh ini seakan telah menjadi amalan lumrah dikalangan ahli politik, baik suami atau isteri mereka. 


Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan bomoh untuk menguasai pentadbiran kerajaaan termasuk mengawal kontrak Kementerian Kewangan, kata ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.
Deepak juga mengakui bertanggungjawab membayar dan membawa bomoh berkenaan untuk bertemu Rosmah apabila diminta berbuat demikian.“Rosmah juga menggunakan ilmu sihir terhadap musuh politik, malah menggunakan bagi ‘menundukkan’ suaminya, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
“Saya yang bawa bomoh itu ke rumah Rosmah di Kuala Lumpur, menyediakan hotel penginapan, tiket perjalanan, malah nombor akaun bomoh itu pun saya ada,” katanya.
Beliau berkata, Rosmah juga menggunakan bomoh berkenaan untuk ‘menundukkan’ sebahagian pemimpin Umno BN yang dirasakannya perlu bagi kepentingan sendiri.
“Bomoh itu digunakan untuk orang akur atau perlu diakurkan. Saya sendiri saksikan upacara perbomohan,” katanya tetapi enggan menjelaskan butiran lanjut.
Deepak juga mengakui memiliki bukti berbentuk gambar, nama, alamat, bayaran berkaitan penggunaan khidmat bomoh yang bakal dimuat dalam buku keduanya.
Beliau yang diketahui umum rapat dengan Rosmah sebelum ini hingga menganggap isteri Perdana Menteri itu sebagai ‘kakak’ bercadang mendedahkan butiran lengkap melalui buku berjudul ‘Black Rose 2.0: Black Magic Women.’
Katanya, buku setebal 47 halaman itu yang dijadual dimuat naik ke internet mulai 16 Februari ini, bakal memapar kecenderungan Rosmah terhadap amalan ilmu hitam.
“Gambar upacara ilmu hitam itu juga dimuatkan dalam buku berkenaan,” kata Deepak.
Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang meminta supaya Najib tidak melayan pendedahannya, Deepak berkata:
“Mereka boleh tak pedulikan saya tapi mereka tidak boleh nafikan kebenaran dan hukuman tuhan. Saya simpati pada Najib sebab ada isteri sejahat itu,” kata Deepak.