Friday, February 22, 2013

Bukan hanya RAKYAT, RAJA dan SULTAN juga diminta baca kenyataan ini


Jaminan tiada kacau bilau ketika peralihan kuasa
Bukan hanya RAKYAT, RAJA dan SULTAN juga diminta baca kenyataan ini
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anuar Ibrahim yakin peralihan kuasa pada peringkat persekutuan akan berlangsung secara aman dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 berikutan jaminan yang diberi empat bekas jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Mereka (bekas Jeneral) umum dua perkara. Pertama, polisi pertahanan negara tidak akan bertolak ansur dengan korupsi dan campur tangan politik termasuk berkaitan penggunaan senjata.
“Kedua, mereka akan lakukan apa sahaja untuk menjamin perubahan kuasa secara aman,” katanya ketika ditemu bual Matt Winkler dan Peter Hirschberg dari media antarabangsa, Bloomberg, New York, semalam.
Beliau berkata demikian dalam temu bual di ibu pejabat KEADILAN ketika menjawab soalan berkaitan kemungkinan berlaku kacau bilau jika Umno kalah PRU 13.
Anwar optimis dengan janji bekas jeneral berdasarkan khidmat cemerlang mereka sepanjang menerajui angkatan pertahanan negara sebelum ini.
Selain tentera, beliau turut mendapat sokongan bekas pegawai tertinggi polis yang bertemu untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
Ditanya kedudukan sultan jika berlaku perubahan kerajaan, Anwar berkata, pemimpin Pakatan sudah menandatangani perjanjian bagi menjamin perlembagaan dan kuasa sultan.
Untuk tonton temu bual, KLIK INI.