Wednesday, February 6, 2013

Catatan Peribadi: Sultan ikut arahan saya

Semalam saya ke Hospital Serdang untuk routine check-up lantaran peristiwa 19hb November 2012. Semalam saya naik teksi ke sana. Setelah kurang lebih 10 minit perjalanan, sambil bersembang dengan pemandunya, saya ternampak di dashboard teksi tersebut tercatat; "SULTAN".

Sultan Ismail
Spontan terkeluar ucapan, "Daulat Tuanku, Tuanku kena ikut arahan saya hari ni".

Lelaki setengah umur berdarah mamak itu terkedu, "Selama saya hidup dah setengah abad ni, inilah kali pertama sultan jadi dereba saya dan kena ikut arahan saya", saya teruskan gurauan.

Sultan yang pada mulanya terkedu, tergelak. Sampai di Hospital Serdang sekitar jam 9.30 pagi, saya terus ke Wad Cardiology. Pemeriksaan dan konsultasi menyentap 90 minit kehidupan saya. Selesai sekitar jam 11 tengah hari. Dari Wad Cardio, sambil jalan menuju ke lobby hospital, saya telepon Sultan yang setia menunggu di parkir berhampiran lobby.

Sebaik buka pintu, "Ampun Tuanku, maaf buat Tuanku menunggu, kita ke The Curve, Tuanku. Boleh?".


Sepanjang perjalanan dari Hospital Serdang ke The Curve, kami bersembang berkaitan sultan, bukan berkaitan Mohd Sultan bin Ismail, tetapi berkaitan sultan yang macam syaitan.

Sampai di The Curve, meter teksi Sultan; RM67.40. Harapan dan doa saya semoga Mohd Sultan Ismail beroleh kesihatan yang baik dan rezekinya diberkati Allah swt. Ameen.

Sultan Ismail, pemandu teksi.
Sultan ini, kerja apa?
Anak sultan, syaitan atau setan?
 sultan ismail teksi driver