Monday, February 4, 2013

Dua lagi 'Bom Jangka' untuk Parti Keadilan Rakyat akan diletupkan

Information
Dalam keghairahan kededua kumpulan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mencanangkan janji-janji manis mereka menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti, dalam diam, kuncu-kuncu Umno sedang giat merangka sekurang-kurangnya dua lagi 'Bom Jangka' untuk Pakatan Rakyat, melalui apa yang didakwa sebagai salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu daripada bom jangka tersebut dirancang untuk 'diletupkan' di Jakarta, awal Mac 2013. Manakala Bom Jangka kedua, insiden yang didakwa berlaku semasa Anwar dipenjara Sungai Buluh, Kerajaan Rakyat difahamkan ianya akan didedahkan selepas parlimen dibubarkan untuk laluan pilihan raya umum ke-13.

Setelah meneliti perjalanan cerita kededua "Bom Jangka" tersebut, Kerajaan Rakyat secara peribadi merasa ia tidak memberi banyak impak kepada Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat khasnya jika ia "diletupkan terlalu awal. Justeru, tidak mustahil kededua 'Bom Jangka' itu akan diletupkan serentak selepas parlimen dibubarkan untuk memberi tekanan lebih berkesan kepada jentera pilihan raya Parti Keadilan Rakyat mematahkan isu itu nanti.


Kerajaan Rakyat amat yakin, 'Bom Jangka' ini boleh merobah pola kecondungan pengundi Luar Bandar daripada memilih Pakatan Rakyat kepada calon Umno BN.

Secara keseluruhan, Umno BN agak sukar untuk menyusur ketempangan semasa PAS atau DAP. Walaupun parti PAS dan DAP telah wujud jauh lebih lama daripada Parti Keadilan Rakyat, tetapi parti yang dijuarai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka yang pandai membodeknya itu telah menghadirkan terlalu banyak 'pekong' untuk dibidas oleh pihak lawan.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Rakyat amat berharap PAS dan DAP dapat memberi tentangan berkesan kepada Umno BN dalam pilihan raya umum ke-13 nanti