Thursday, February 28, 2013

Ini pertanda baik.. Ini pertanda Umno BN juga akan runtuh.. !

jejambat Selangor Science Park 2 Interchange, Cyberjaya runtuh
Ini pertanda baik.. Ini pertanda Umno BN juga akan runtuh.. !

Satu jejambat di kawasan dekat Selangor Science Park 2 Interchange, Cyberjaya runtuh dalam satu kejadian petang ini.

Laporan Bernama menyebut jejambat tersebut, terletak di antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya.

Laporan itu memetik kenyataan jurucakap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang berkata jejambat tersebut berada bawah seliaan perbadanan tersebut.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 1 tengah hari dan ia tidak mengganggu sebarang lalu lintas.

Laporan China Press pula menyebut jejambat berkenaan yang dibuka sebelum ini ditutup untuk pembaikan apabila keretakan dikesan di permukaan jalannya.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, jambatan tersebut dibina berhampiran tebing sungai dengan tanah yang longgar.