Saturday, February 16, 2013

Ketua Umno Bandar Baru Sentul isytihar sertai KEADILAN


Ketua Cawangan Umno Bandar Baru Sentul, Badaruddin Ismail sertai KEADILAN pada program ceramah Pakatan Rakyat
Ketua Cawangan Umno Bandar Baru Sentul, Badaruddin Ismail mengisytihar penyertaannya ke KEADILAN pada program ceramah Pakatan Rakyat, malam tadi.
Badaruddin Ismail berbuat demikian depan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Saya masih lagi Ketua Cawangan. Selepas ini saya tunggu apa tindakan Umno terhadap saya,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno Batu.