Saturday, February 23, 2013

Manifesto BN di peringkat "sentuhan terakhir"


Manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN)
PUTRAJAYA 23 Feb. - Manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) kini berada di peringkat "sentuhan terakhir" dan akan dilancarkan Pengerusi Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa yang sesuai.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata apa yang pasti, setiap janji yang terkandung dalam manifesto tersebut akan ditepati, bukan seperti pembangkang yang hanya memberikan janji kosong.

"Sudah pasti janji ditepati, kata dikota, janji dilaksana kerana parti kita BN dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat.
Manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN)
Tanah rizab Melayu yang dirampas oleh pemimpin zalim Umno BN

"Apa yang kita janji dalam manifesto kita tunaikan, sebab kita punya kerja ialah untuk memastikan rakyat mendapat apa yang mereka kehendaki," katanya yang juga anggota Parlimen Putrajaya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini hari ini. - BERNAMA
 kerajaan rakyat kerajaan pakatan rakyat