Saturday, February 9, 2013

Nota ringkas buat Tan Sri Muhyiddin Yassin


Tan Sri Muhyiddin Yassin

PAS Perlis menyindir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya cermin diri terlebih dahulu dengan melihat pergolakan dalaman Umno-BN di negeri itu terlebih dahulu yang didakwa "tidak berkesudahan" sebelum meramal BN mampu menang besar pada pilihan raya umum akan datang .

Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Perlis Mohd Anuar Tahir berkata rakyat di negeri itu sudah bosan dengan perebutan kuasa, pangkat dan kedudukan yang didakwanya di kalangan pemimpin Umno dianggapnya "tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda".

"Rasanya lebih baik Muhyidin balik jaga Putrajaya dulu sebelum sebut nak menang besar di Perlis. Di Putrajaya pun BN sudah begitu tergugat kedudukan mereka," katanya.

Mohd Anuar yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mengulas kenyataan Muhyiddin yang dilapor yakin BN mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.