Tuesday, February 26, 2013

Pilihan Raya Umum ke-13: Datuk Seri Najib tabur umpan lagi


Pilihan Raya Umum ke-13: Datuk Seri Najib tabur umpan lagi
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar terdesak sehingga menyebabkan beliau terpaksa mengumumkan peruntukan RM28 juta sebagai sumbangan sekali bayar kepada para pekebun kecil dan kumpulan kor tani di seluruh negara.
Sumbangan tersebut sebenarnya BUKAN bantuan bagi memenuhi permintaan golongan berkenaan tetapi lebih merupakan sebahagian daripada umpan pilihan raya umum ke-13 untuk kelompok peladang dan penternak yang sebelum ini tidak mendapat sebarang bantuan untuk bergerak dalam sektor itu.
Bagi pekebun kecil, umpan pilihan raya umum ke-13 itu akan disalur menerusi 208 Pertubuhan Peladang Kawasan di seluruh negara.
Umpan itu akan berdasarkan keperluan seorang pekebun kecil yang disyaratkan hanya memiliki kebun tidak kurang daripada dua hektar.

Pengumuman pembahagian umpan pilihan raya umum ke-13 itu merupakan respons segera Perdana Menteri yang sekarang ini semakin terdesak meraih undi daripada golongan berkenaan yang tercicir dalam sektor pertanian yang selama ini tidak diperdulikan oleh kerajaan Umno BN.
Beliau mengumumkan tipu muslihat itu ketika berucap pada Majlis Perasmian Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini semalam.