Saturday, February 23, 2013

PRU: Polis kenal pasti kawasan panas di Johor


Polis Samseng Polis Jahat
MUAR - Polis Johor sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang dianggap panas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan akan memberi tumpuan di kawasan terbabit bagi memastikan proses pengundian dapat dijalankan secara aman tanpa sebarang kekecohan.
Tanpa menyebut kawasan yang dimaksudkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam kempen pilihan raya itu kelak supaya tidak memprovokasi polis untuk mengelak daripada dikenakan tindakan.

"Polis Johor sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada pilihan raya umum kali ini. Kita nak pastikan keselamatan terjamin, pengundi keluar mengundi tanpa rasa takut untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perhimpunan memperingati peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950 yang mengorbankan 17 anggota polis dan dua suri rumah serta seorang kanak-kanak. - BERNAMA

kawasan yang dianggap panas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)
kawasan yang dianggap panas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)