Tuesday, February 12, 2013

Ratu Elizabeth enggan cicit dinamakan Diana


LONDON: Pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya, Duchess of Cambridge, Catherine, dilaporkan bakal berdepan dengan situasi tegang berhubung nama bayi sulung mereka.
Puteri Diana
Menurut sumber yang dipetik akhbar National Enquirer, Putera William dan Catherine ingin menamakan anak mereka Diana, sempena nama mendiang Puteri Diana, namun ia ditentang Ratu Elizabeth.
"Ratu Elizabeth mempunyai hak sepenuhnya untuk menamakan mana-mana waris diraja. Namun, keadaan menjadi tegang selepas nama Diana tidak dipersetujui Ratu Elizabeth. Putera William pula cuba mendapatkan sokongan bapanya, Putera Charles," menurut sumber itu.
Putera Charles dikatakan memahami niat anaknya yang ingin menamakan cucu sulungnya sempena nama Diana, namun hasrat itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Catherine dijangka melahirkan bayinya Julai ini dan perlu menjalani rawatan berhubung masalah selera makan.
Menurut satu sumber, beliau berasa loya setiap kali menjamah makanan dan ia akan memberi kesan terhadap kandungannya.
"(Catherine) sukar menghabiskan hidangan setiap kali makan dan beliau akan mendapatkan rawatan bagi masalah tersebut," ujar sumber itu. - Agensi.