Pengarah Program TV RTM, Suhaimi Jamalim berkata, pihaknya selaku penganjur bersama Kumpulan Utusan membuat keputusan menangguhkanya kerana tidak mahu acara itu terganggu dengan aktiviti lain.
"Seperti yang kita sedia maklum, RTM merupakan TV kerajaan di mana pihak kami akan menyiarkan banyak program dan kempen bersempena dengan pilihan raya yang bakal tiba tidak lama lagi.
Suhaimi ditemui pada sidang media pencalonan MATP di Holiday Villa, di sini, petang Rabu.
Selain RTM dan Kumpulan Utusan, syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd turut bekerjasama dalam penganjuran MATP.
Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd dimiliki oleh pelakon Rosyam Nor.
