Wednesday, March 27, 2013

Apa yang penting untuk Tun Mahathir ketahui sekarang?


Tun Dr Mahathir Mohamad pengkhianat
Tun Dr Mahathir Mohamad kata Najib Razak perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang.

Soalannya: Pernahkah Najib Razak tunjukkan prestasi yang baik selama dia menjawat jawatan PM?... Hello Tun, Najib hendak berundur atau tidak, itu tidak penting, apa yang penting untuk Tun ketahui sekarang; rakyat telah bersedia untuk humbankannya dalam pru-13 nanti.. !

"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


Beliau diminta mengulas wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP, di mana beliau dilaporkan berkata demikian. Beliau bagaimanapun menjelaskan perkara itu pendapat peribadinya yang yang mungkin tidak sepatutnya keluar.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.

"Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku... Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi.
Aku bersamamu Anwar Ibrahim... !
Nurul Izzah Anwar Jangan kau tangisi