Saturday, March 9, 2013

Filipina tiada rancangan tahan askar Sultan Sulu


tentera diraja" Kesultanan Sulu
KUALA LUMPUR: Polis Filipina tidak merancang menangkap atau menahan "tentera diraja" Kesultanan Sulu jika mereka pulang ke negara itu sambil menekankan bahawa kumpulan lelaki bersenjata tersebut hanya melanggar undang-undang Malaysia, demikian menurut laporan sebuah portal berita tempatan.
Sambil memetik Pengarah Polis Filipina, Jeneral Alan Purisma, dalam satu wawancaranya dengan laman web ABN-CBS News, kelmarin, laporan laman berita The Malaysian Insider (TMI) semalam berkata polis Filipina yang tiba di Tawi-Tawi di Sabah, pagi semalam, berada di situ hanya untuk "memastikan keselamatan warganya".
'Pasukan keselamatan' Kesultanan Sulu itu menempatkan pangkalannya di Tawi-Tawi dan sedang menunggu berita mengenai nasib rakan-rakan mereka di Lahad Datu, Sabah, yang menjadi zon konflik.
"Jenayah itu dilakukan di Malaysia. Mereka harus memfailkan dakwaan di Malaysia," katanya.
Laman ABN-CBS News itu juga melaporkan bahawa beliau mengadakan satu sidang di ibu pejabat polis wilayah di Tawi-Tawi sebelum berkunjung menemui tentera diraja itu di Pulau Siminul untuk meninjau suasana, kata TMI lagi.
Jeneral Purisma turut berkata polis sedang menyiasat beberapa pelanggaran yang disebut Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino III, yang didakwa dilakukan oleh 'askar' Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu.