Tuesday, March 26, 2013

Hello Najib, Selama 5 tahun sebelum ini apa yang kau fikirkan?


anwar ibrahim and najib razak
Hello Najib,
Selama 5 tahun sebelum ini apa yang kau fikirkan?
“Sekarang baru fikir nak beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), naikkan bonus dan elaun kakitangan, beri permit teksi tetapi sebelum ini semua permit itu diberikan kepada kroni Umno BN,”

Selepas BR1M diagihkan, defisit negara akan meningkat dan menyebabkan cukai naik.

“Kesannya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diumumkan. GST inilah akhirnya akan menambah beban kepada rakyat terbanyak dan kos sara hidup lebih parah,”

Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum membubarkan Parlimen, walaupun tempoh mandat BN mentadbir Kerajaan Persekutuan melepasi tempoh lima tahun, selepas pilihan raya 2008.


Lebih parah, hanya tinggal sehari lagi sebelum satu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik iaitu DUN Negeri Sembilan, diikuti negeri kelahiran Perdana Menteri – DUN Pahang pada 7 April.

Ketua Umum KEADILAN berkata, keengganan Perdana Menteri membubarkan Parlimen kerana percaya Umno BN langsung tidak yakin untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),
“Sebab itu sehingga sekarang Najib masih belum bubarkan Parlimen,” katanya pada wawancara bersama Radio Free Malaysia (RFM), malam tadi.

Anwar berkata, Umno BN tahu mereka tidak yakin dapat meraih sokongan walaupun setiap hari pelbagai pemberian kerajaan diumum untuk diberikan kepada rakyat.

“Kalau Najib yakin, walaupun sedikit bahawa Umno BN boleh memenangi PRU, sudah tentu dia bubarkan Parlimen sebelum 8 Mac lalu.

“Dari segi undang-undang, tidak salah Umno BN memerintah, tetapi dari segi moral, hak Umno BN untuk teruskan pemerintahan harus berakhir pada 8 Mac, selepas genap lima tahun mandat,” katanya.

Beliau mempertikai Umno BN yang sekarang baru memikirkan soal rakyat ketika nyawa parti itu hampir luput.