Saturday, March 2, 2013

Jeng.. jeng... jeng... Aku lah Agen James Bond 007

Anwar Ibrahim Agen James Bond 007
Agen James Bond 007 sedang berpidato di depan 5,000 hadirin di Markaz PAS Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, 2 Mac 2013.

Agen James Bond inilah yang Umno BN takut sangat, sebab Umno BN cuma ada Agen Lembu 250... ahakzzz

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kegagalan kerajaan menyelesaikan kes  pencerobohan di Lahad Datu, Sabah  dengan baik antara punca yang mengakibatkan dua komando polis terbunuh.
“Di Lahad Datu, kita dukacita, dan ucap takziah kepada pasukan keselamatan yang ditempatkan untuk pertahankan bumi Malaysia. Kita doakan untuk mereka.

“Ini kelemahan dasar keselamatan kerajaan. Sudah masuk dua minggu, menteri baru nak pergi melawat,” katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu kesal kerana pemimpin Umno BN memutar belit isu keselamatan negara sebagai bahan fitnah terhadapnya tanpa mengambil kira soal keamanan.
“Tapi Umno cakap, ini semua salah Anwar Ibrahim. Aku juga yang dipersalahkan.
“Kerja fitnah sahaja Umno. Dia orang Melayu, Islam tapi tidak peduli langsung apa yang hak dan apa yang batil,” katanya.
Beliau mengulas kes pencerobohan Lahad Datu yang menyebabkan dua komando polis terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan yang dikenali pengikut Sultan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Dua komando terbunuh ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud, kedua-duanya dari VAT69, unit komando elit polis yang ditugas untuk menangani gerakan anti-keganasan dan operasi khas.