Tuesday, March 12, 2013

Jeng.. jeng... jeng.... Polis sudah bagi warning laa....

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar
"Saya beri arahan supaya dikesan mereka yang keluar kenyataan yang menghina dan mencerca tindakan ahli pasukan kita khususnya yang telah terkorban dan tercedera.

"Jangan buat tindakan bodoh seperti ini... Saya minta hentikan, kita akan jejaki mereka. Kita akan ambil tindakan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan individu yang memperlekeh dan menghina tindakan pasukan keselamatan di Pantai Timur Sabah.

Katanya, beliau mengeluarkan arahan untuk mengesan percakapan dan kenyataan tersebut di laman web dan media sosial.


Ditanya mengenai bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas individu berkenaan, Khalid berkata pasukannya boleh bertindak dalam banyak cara.

Bagaimanapun, pasukannya tidak boleh bertindak ke atas media di negara luar sekiranya melakukan perbuatan sama, katanya.

"Itu di luar bidang kuasa kita," katanya lagi.