Thursday, March 28, 2013

Muktamat: Tarikh Pembubaran Parlimen Malaysia pada 28 April 2013


Tarikh Pembubaran Parlimen Malaysia pada 28 April 2013
Datuk Seri Najib Razak mencipta rekod pertama dalam sejarah negara sebagai Perdana Menteri yang membiarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar dengan sendirinya – Negeri Sembilan pada hari ini.

Dengan pembubaran itu, tinggal 11 negeri lagi, kecuali Sarawak dan Parlimen, yang masih belum dibubarkan.

Bermula hari ini, rakyat boleh mengira detik 30 hari sehingga tarikh pembubaran secara automatik bagi Parlimen Malaysia pada 28 April 2013.

Jika dalam tempoh ini tiada pembubaran Parlimen, Najib akan menjadi pemimpin negara pertama yang membiarkan Parlimen terbubar sendiri, setelah mandat lima tahun berakhir.


Selepas Negeri Sembilan, DUN yang akan terbubar secara automatik dalam bulan April adalah Pahang (7), Johor (21), Selangor (22). Diikuti Perak (24), Melaka (26), Kelantan dan Perlis (28), sementara Sabah (29).

Manakala Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing akan terbubar pada 2 dan 5 Mei.