Thursday, March 28, 2013

Munajat Selamatkan Malaysia


Pakatan Rakyat Harapan Rakyat Kerajaan Rakyat
Sekretariat Pakatan Rakyat dengan kerjasama NGO bekas tentera, Kerabat dan Pahlawan akan mengadakan program ‘Munajat Selamatkan Malaysia’ dan ‘Forum Lahad Datu: Rakyat Berhak Tahu’ pada Ahad, 31 Mac ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad memaklumkan, munajat akan dipimpin Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Ia bertujuan memohon kepada Allah agar perbuatan jahat pihak tertentu yang mahu merosakkan usaha Pakatan memenangi PRU-13 gagal.

“Kita seru rakyat hadir beramai-ramai ke program itu nanti,” kata Khalid kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di Pusat Perniagaan Worldwide hari ini.


Kata Khalid, dalam ketakutan Umno-BN membubarkan Parlimen, dalam masa sama menggunakan pengundi hantu, menyebarkan fitnah terhadap pemimpin Pakatan.

“Sekarang kita nampak isu Lahad Datu akan jadi fitnah terakhir kepada pemimpin Pakatan. Sebab itu kita adakan forum ini untuk menerangkan kepada rakyat isu sebenar,” ujarnya.

Aku bersamamu Anwar Ibrahim... !
Nurul Izzah Anwar Jangan kau tangisi