Friday, March 15, 2013

Naib Presiden PKR Tian Chua terbunuh?


Hanya puak BACUL melakukan kerja BACUL!

Keranda Naib Presiden PKR Tian Chua terbunuh
MELAKA 15 MAC: Ibu Pejabat KEADILAN Melaka digemparkan penemuan objek menyerupai keranda tertera gambar Tian Chua ‘berdarah’ dipercik cat merah dan kalungan bunga, dipercayai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

Keranda yang diletak depan pejabat itu disedari Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Negeri, Mohd Yusof Abdullah kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Ketua Penerangan Negeri, Hairiz Nordin menyifatkan perbuatan ke atas Naib Presiden KEADILAN itu biadap dan berniat jahat.

“Sebelum ini mereka ganggu ceramah Datuk Seri (Anwar Ibrahim). Sekarang mereka buat keranda Tian Chua pula, kejadian ini sangat memalukan dan biadap,” katanya.


Ditanya tindakan lanjut, Hairiz berkata, KEADILAN Melaka akan mengadakan sidang media di pejabat berkenaan berhubung serangan itu.

Katanya, mereka akan membuka semula rakaman litar tertutup (CCTV) pejabat itu untuk mengenalpasti pihak terlibat.

“Mereka tak akan terlepas, kita lihat bagaimana polis nak tangani kes ini,” sinisnya.

Sementara itu, Pengerusi KEADILAN Negeri, Shamsul Iskandar Md Akin dilapor berkata, kejadian berkenaan yang berunsur ugutan bunuh adalah yang pertama diterima Pakatan Rakyat Melaka.

Tian Chua dijangka ke Melaka pada 19 Mac ini untuk menjelaskan kepada rakyat berkenaan perkara sebenar mengenai kenyataannya berhubung isu Lahad Datu yang dimanipulasi menyebabkan beliau didakwa di bawah Akta Hasutan semalam.