Tuesday, March 19, 2013

Nurani seorang insan kamil. Semoga Allah SWT merahmati Mohd Khalid Ibrahim


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor
Khalid dan isteri meninggalkan
Kompleks Mahkamah Jalan Duta
Kuala Lumpur petang ini.
Saya bersyukur bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju untuk memohon maaf kerana mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah berkenaan salah guna kuasa yang melibatkan pembelian 46 ekor lembu bagi majlis korban di Bandar Tun Razak pada 2009.
Ahmad Said dijangka membuat permohonan maaf secara terbuka di mahkamah esok manakala permohonan maaf di media massa akan ditetapkan kelak.
Persetujuan ini dibuat dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan tengahari tadi sekaligus menamatkan kes saman malu yang saya failkan terhadap Dato’ Seri Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia.
Saya sekeluarga terutamanya isteri dan anak-anak amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana kes ini benar-benar memberi kesan apabila kami sekeluarga digambarkan sebagai orang yang sanggup menyalahguna kuasa walaupun dalam hal ehwal agama Islam iaitu amalan korban.Perkembangan ini membuktikan bahawa tuduhan salahgunakuasa adalah tidah berasas sama sekali dan hanyalah bertujuan untuk mencemar nama baik saya sebagai seorang muslim dan Menteri Besar Selangor.

Saya percaya pegawai kerajaan terutama pihak penguatkuasaan, SPRM dan  polis hendaklah melaksanakan tugas secara professional dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi oleh kumpulan  atau  individu tertentu yang mempunyai agenda tersendiri.
Sebagai Menteri Besar kepada rakyat selangor, saya amat menitikberatkan integriti, ketelusan dan amanah. Saya amat bersyukur dalam tempoh lima tahun ini tiada seorang pun  pegawai kanan kerajaan dan exco negeri dilibatkan dengan kes salah laku dan rasuah.
Saya percaya rekod cemerlang ini akan menjadi elemen utama kepada  rakyat  untuk membuat keputusan dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor