Thursday, March 21, 2013

Pru-13: Kempen politik melalui laman media sosial


Kerajaan Rakyat Facebook Page
Kerajaan Rakyat Fans' Page
Walaupun hampir setengah penduduk Malaysia menggunakan Facebook, kesan kempen politik melalui laman media sosial seperti itu dan Internet masih lebih kecil berbanding wadah tradisional lain untuk mendekati pengundi.
Beberapa pengamat politik mengatakan bahawa kempen melalui Internet tidak mempunyai pengaruh besar dalam persaingan menambat hati pengundi kawasan luar bandar.
Menurut mereka, jumlah pengundi luar bandar adalah cukup besar untuk menentukan pemenang pilihan raya walaupun pengundi dalam kawasan bandar didapati lebih condong kepada Pakatan Rakyat (PR), satu pakatan pembangkang.
Namun, sedang Malaysia kian hampir mengadakan pilihan raya umum yang disifatkan bakal menjadi paling sengit sejak beberapa tahun lalu, kededua Barisan Nasional (BN) dan PR kini sedang berusaha mempengaruhi laman-laman media sosial dan portal berita.
Para eksekutif pengiklanan dipetik sebagai berkata; BN kini menyalurkan dananya kepada ruang iklan dalam talian di laman-laman web dan portal berita popular di Malaysia, manakala lebih banyak video prokerajaan mulai timbul dalam laman perkongsian video seperti YouTube, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) negara itu tidak lama lagi.
Terdapat 13 juta pengguna Facebook daripada 29 juta penduduk Malaysia, kata laman pemantau media sosial, Socialbakers.