Thursday, March 21, 2013

Pru-13: Penemuan 160 biji peluru hidup, Satu lagi perancangan jahat Najib Razak

160 biji peluru hidup ditemui berdekatan sekolah.
# KR: Bila Najib dalam keadaan terdesak dan tertekan.. macam-macam cerita pelik boleh direka oleh puak-puak syaitan dikenali. Semuanya untuk merangkul simpati rakyat terhadap pemerintah... !!

Seperti tragedi Lahad Datu, Sauk dan Memali, Kerajaan Rakyat menganggap penemuan peluru ini adalah satu lagi perancangan jahat kerajaan Umno BN demi simpati politik hapraknya... Menyedari negeri Johor bakal mengkuburkan Umno BN, tidak mustahil perancangan jahat ini direka oleh puak syaitan dikenali.!


Polis temui kotak berisi 160 peluru di tepi Sungai Muar
Polis temui kotak berisi 160 peluru di tepi Sungai Muar




LEDANG 21 Mac - Polis menemui sebuah kotak besi yang mengandungi 160 butir peluru senjata jenis M16 dan .38 di tebing Sungai Muar, berhampiran Sekolah Menengah Sains Muar (SMSM) dekat sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris berkata, kotak besi itu ditemui seorang pekerja rumah burung yang kebetulan mahu mencari umpan untuk memancing di sungai berkenaan.

Beliau berkata, sebaik saja mendapat laporan pukul 12.20 tengah hari, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi dan menemui kotak peluru berkenaan yang terbenam di dalam lumpur.

"Kotak besi berkenaan itu sudah berkarat dan selepas dibuka, sejumlah peluru dalam keadaan elok ditemui di dalamnya. Selepas diperiksa, terdapat satu unit kelopak peluru yang berisi 30 butir peluru M16.

"Turut ditemui, lima kotak peluru yang berisi 100 peluru M16 serta 12 butir peluru M16 yang diisi dalam dua uncang hitam. Polis juga menjumpai 18 butir peluru senjata .38 di dalam kotak besi berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini hari ini. - UTUSAN