Tuesday, March 12, 2013

Tragedi Lahad Datu berlaku kerna kerajaan Barisan Nasional lembab !!


Tragedi Lahad Datu
Bekas Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid tetap mempersoal kelewatan kerajaan menghantar pasukan tentera dalam memerangi pengganas di Lahad Datu.
Katanya, kerajaan sengaja mencipta alasan kononnya perlu mematuhi Konvensyen Geneva 1949 dalam menangani insiden pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut.
Sebaliknya Abdul Ghafir berkata, Undang-Undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu ditandatangani bagi mengelakkan kezaliman dalam perang, bukan membiarkan negara diceroboh.
“Pemimpin perlu bijak guna hak kebebasan mempertahankan negara ketika diceroboh. Protokol Geneva sebagai panduan sahaja supaya tidak berlaku kezaliman dalam peperangan, bukan jadi pak turut pada Undang-Undang Antarabangsa,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim bahawa Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan.
Ghafir berkata, alasan itu tidak masuk akal dan sengaja menutup kelemahan Kementerian Pertahanan dalam membuat keputusan sewaktu negara dalam ancaman.
“Kalau alasan mereka nak ikut protokol, sebelum kematian berlaku lagi. Kita dah tahu tujuan mereka (tentera sulu) untuk tuntut wilayah, kenapa masa tu kita tak hantar tentera?” Katanya.
Beliau turut mempersoalkan penggunaan istilah ‘Intruder’ atau penceroboh terhadap tentera Sulu sebagai alasan kerajaan menggunakan polis dan tidak segera menghantar tentera.
Katanya, istilah ‘Penceroboh’ dalam Konvensyen Geneva bersifat Universal dan setiap negara harus memadankan istilah tersebut mengikut kesesuaian negara masing-masing. -RM