Sunday, March 3, 2013

Umno BN peralatkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk berkempen dari rumah ke rumah


”Mobile Medic Team” Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
Menjelang pru-13 dan dalam keadaan Umno BN yang semakin hilang sokongan, kerajaan Umno BN terpaksa memperalatkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk berkempen dari rumah ke rumah.

Pemeriksaan kesihatan JPAM rumah ke rumah

KUALA LUMPUR (02/03/2013) – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) hari ini melancarkan ”Mobile Medic Team” yang memperluaskan skop bantuan kecemasannya menerusi pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah.


Ketua Pengarahnya, Datuk Sulaiman Keling berkata, JPAM akan mendapatkan maklumat mengenai tahap kesihatan penduduk daripada persatuan penduduk di kawasan tertentu sebelum pasukan berkenaan turun padang untuk membantu.

"Kita sangat prihatin kepada masyarakat yang kurang berkeupayaan dari segi kesihatan ini, jadi dengan adanya kita (JPAM) pergi ke rumah-rumah mampu memberi bantuan kepada mereka untuk menerima pemeriksaan kesihatan asas seperti pemeriksaan tekanan darah, gula dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Mobile Medic Team dan Khidmat Masyarakat di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, Bangi dekat sini hari ini.

Mengulas mengenai sukarelawan baharu yang mendaftar dengan JPAM, beliau berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak 209,972 anggota sukarela baharu berdaftar, menjadikan jumlah keseluruhan 664,967 orang di seluruh negara setakat ini. – BERNAMA