Monday, April 15, 2013

Analisa dan Fakta: "Melayu miskin kerana UMNO"


Melayu miskin kerana UMNO
Rumah penyokong Umno
Orang Melayu sendiri persoalkan, kalau DEB untuk bantu mereka bangkit daripada kemiskinan, kenapa masih ramai orang Melayu yang miskin sekarang?

“UMNO kata nak jaga kepentingan Melayu yang terkebelakang tetapi sudah terbukti ini semua bohong,” kata Senator Dr Ariffin Omar ketika berucapan di ceramah UBAH di Ipoh, malam tadi.

“UMNO pada hakikatnya hanya mewakili orang UMNO dan orang Melayu yang bergantung pada mereka untuk hidup.

“Sebab itu sekarang kita tidak hairan apabila orang Melayu yang sedar mula memberi sokongan kepada DAP khususnya kerana terbukti DAP membela semua kaum,” ujarnya.

Fakta pengkhianatan Umno terhadap Melayu.
Senator Dr Ariffin Omar
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu mengingatkan orang Melayu supaya tidak lagi tertipu dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) kerana setelah lebih 50 tahun mentadbir, 40 peratus orang Melayu seluruh negara berada di bawah paras kemiskinan.

Justeru itu, katanya, beliau kecewa mempersoalkan sejauh mana ketelusan BN dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan kerajaan pada 1971 untuk membela nasib komuniti itu.

Menurut Dr Ariffin, kegagalan pelaksanaan DEB yang diakui sendiri ahli akademik dan pakar ekonomi negara ini antara lain disebabkan UMNO-BN lebih mementingkan ‘UMNOPUTRA’ dan kroni mereka sahaja.

Sehingga kini, Perak mencatatkan negeri ketiga termiskin di Malaysia manakala statistik 2011 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan negeri Sabah adalah negeri teramai penerima bantuan kebajikan membabitkan 77,208 yang berjumlah RM244.7 juta diikuti Johor dengan penerima seramai 45,766 orang membabitkan RM128.3 juta bantuan.