Saturday, April 13, 2013

Calon PRU-13: Pengumuman oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat

PAS namakan calon pertama bukan Islam.
Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam
Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow hari ini diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam - dan merupakan orang bukan Islam yang pertama pernah calon bertanding di bawah tiket parti Islam itu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor Bahru pagi ini.

Hu yang dijangka berdepan dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk
Wee Ka Siong, adalah antara lapan calon PAS yang akan bertanding kerusi Parlimen di Johor.

Pada tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam Kumutha Rahman yang juga dari Kelab Penyokong PAS tetapi di bawah tiket PKR.

PAS telah meminda perlembagaan parti itu untuk menaikkan taraf kelab penyokong kepada sayap parti, sekaligus membolehkan ahli bukan Islam bertanding secara langsung di bawah tiket PAS.