Tuesday, April 23, 2013

I pun tak sangka U, U gitu-gitu, nyampah aku...


Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas naib ketua sayap tersebut, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

alaa kak Ijat ni, I pun terkilan dan kecewa dengan tindakan U nyapu duit NFC. 

Shahrizat berkata, sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang politik, Kamilia seharusnya lebih bersabar dan patuh pada pimpinan parti.

alaa kak Ijat ni, U ni kan sebagai seorang yang berpengalaman patutnya jangan la bela lembu kat kondo, sian lembu-lembu tu, U.

"Saya teramat sedih kerana tak sangka Kamelia sampai hati buat keputusan untuk keluar daripada parti.

alaa kak Ijat ni, I pun sedih tau, sampai hati U tipu rakyat RM250 juta.



"Beliau dah pernah jadi senator, peguam, biro undang-undang parti sepatutnya dia tahu apa akan jadi bila bertanding Bebas, automatik terpaksa tinggalkan parti.

alaa kak Ijat ni, U kan dah jadi isteri, patutnya U tahu malu la, jangan la U selak-selak kain, nampak bulu, malu U.

"Macam mana Kamelia sampai hati dia buat kita macam ini," katanya dalam perjumpaan bersama jentera pilihan raya Wanita Umno Kuala Kangsar di pejabat agama Islam Kuala Kangsar  hari ini.

alaa kak Ijat ni, I pelik la U. Kenapa la U letak jawatan menteri kalau U tak salah. Ni mesti U memang curi duit lembu tu kan. kan kan kan...

Datuk Kamilia Ibrahim
Pada penamaan calon Sabtu lalu, Kamelia mengejutkan ramai pihak apabila bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar menentang calon PAS, Khalil Idham Lim dan Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dari BN.

Datuk Kamilia Ibrahim, Kerajaan Rakyat ucapkan tahniah kepada U. Bagus, ajak reramai lagi wanita Umno ikut U keluar dari parti syaitan tu.

Kamilia merupakan antara 61 orang anggota Umno yang disingkirkan daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon Bebas.