Thursday, April 25, 2013

Itu la, siapa suruh join PKR... kan dah tak boleh masuk


Laksamana Pertama (B) Datuk Abdul Imran Abd Hamid,
Apala laksamana pencen ni, macam tak tau pulak.. kan pengkalan laut Lumut tu pak sedara tiri Semah Mansor yang punya. Tu la Datuk Laksamana, sapa suruh join PKR..? Kalau Datuk Laksamana join Umno BN, jangan kata nak masuk pengkalan laut, nak berkempen dalam kapal selam pun boleh, Semah kasi.. Semah tak marah pun. Kapal selam tentera laut tu, geperen laki Semah yang beli tau...! 

Hello brader Jai, ini laksamana pencen ni, hang kasi sekolahkan sikit bro. hang kan soldier ... alamak... maaf, terlepas cakap la... ahakzzz

Bekas laksamana dihalang berkempen di pengkalan Lumut

Laksamana Pertama (B) Datuk Abdul Imran Abd Hamid, yang bertanding di Parlimen Lumut atas tiket PKR kini tidak lagi dibenarkan masuk untuk berkempen di pengkalan laut Lumut selepas 37 tahun menghuni pengkalan berkenaan.



Bekas ketua staf logistik markas Armada Tentera Laut itu semalam berhajat untuk menunaikan solat di masjid yang terletak dalam pengkalan berkenaan, namun tidak dibenarkan masuk kerana memakai baju parti.

Ekoran itu, beliau terpaksa mengubah haluan dan makan tengahari di satu restoran yang terletak kira-kira 1 km dari pintu utama pengkalan laut tersebut.

Beliau mengambil kesempatan untuk bertegur sapa dengan pengunjung restoran berkenaan, yang rata-ratanya terdiri dari pegawai tentera laut manakala pasukannya pula mengedarkan risalah kempen.

“Saya boleh masuk jika saya tukar (baju), tetapi (identiti saya akan diketahui) kerana (mereka kenal) wajah saya... Jika saya masuk, saya akan diekori. Itu semua sebab saya menyertai satu parti politik yang menentang BN, itu saja,” katanya.

“(Tetapi) saya ada pengaruh dan pengalaman. Saya sering menjaga pegawai (tentera laut). Saya harap boleh guna pengaruh saya. Kira-kira 50 hingga 60 peratus (pegawai menyokong saya),” katanya.