Wednesday, April 17, 2013

Jawatan MB Johor, Ghani Othman mangsa politik Khaled Nordin



Datuk Seri Khaled Nordin
Khaled Nordin
Khabar dari Johor; beberapa penyokong kuat Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman melahirkan rasa kurang senang mereka terhadap tindakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang didakwa telah memainkan peranan utama mencaturkan agarkan menteri besar itu dinafikan jawatan Menteri Besarnya dengan pemindahan ke kawasan Parlimen Gelang Patah.

Khaled Nordin didakwa telah melakukan "sesuatu" termasuk menghasutkan pihak istana untuk menyempurnakan hasratnya menjawat jawatan Menteri Besar yang diidamkannya sejak pilihan raya umum ke-11 dahulu. Khaled, ahli parlimen Pasir Gudang kini dinamakan sebagai calun DUN Permas, dalam parlimen Pasir Gudang.


Abdul Ghani Othman dan Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah
Abdul Ghani Othman, ADUN Serom, telah dicaturkan bertanding menentang veteran politik DAP, YB Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah dan turut diramalkan akan membawa padah kecundang dan menamatkan karier politik Menteri Besar itu.

Parlimen Gelang Patah terdiri dari DUN Skudai dan Nusajaya dengan 78,676 pengundi berdaftar iaitu kaum Cina kumpulan terbesar iaitu 54.06 peratus, diikuti Melayu (33.54 peratus) dan India (12.22 peratus).

Berdasarkan arus politik perubahan masakini dan komposisi pengundi di Gelang Patah, harapan musuh politik Datuk Abdul Ghani Othman untuk menamatkan riwayat politiknya amat cerah.

Mahasiswa dipaksa hadir tonton Filem Porno