Pilihan raya kecil N25 Kajang. Kita semua perlukan Anwar Ibrahim ~ Sofi, Kerajaan Rakyat

Sunday, April 28, 2013

Kehidupan dan Keimanan: Sabar paling utama dalam hadapi musibah


Kehidupan dan Keimanan: Sabar paling utama dalam hadapi musibah
KESENGSARAAN dan kesakitan, atau musibah, yang menimpa manusia tidak semestinya merupakan hukuman semata-mata. Ia juga tidak harus dikatakan sebagai balasan Allah terhadap dosa-dosa lampaunya. Sebaliknya, ia boleh menjadi kafarah, atau penebus dosa, dan cubaan Tuhan. Malah, musibah juga boleh bertujuan menaikkan darjat seseorang.
Ujian Allah swt
Oleh itu, apabila seorang hamba ditimpa dengan ujian Allah, kesabaran ialah paling utama dalam menghadapinya. Lantaran itu, Imam At-Tirmizi pernah berkata: “Jika manusia itu ketahui betapa besarnya ganjaran bagi orang yang ditimpa musibah, maka pasti ia lebih senang jika kulit tubuhnya digosok dengan seterika dunia.”
Walaubagaimanapun, pada masa yang sama Islam melarang manusia menyakitkan atau meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya. Rasulullah saw berkata: “Alangkah pedihnya sakaratul maut itu.” (HR At-Tirmizi).
Namun, sakaratul maut tidak menggentarkan khalifah Bani Ummayah yang zuhud dan adil, Umar bin Abdul Aziz. Sebaliknya beliau berkata: “Aku tidak suka diringankan pada waktu sakaratul maut yang sangat berat kerana ia akan menghapuskan dosa bagi orang Muslim.”

Sakit itu memang penebus dosa, maka kenalah sabar menghadapi ujian. Selain itu, perlulah ada pengharapan kepada Allah agar diberikan ganjaran dan huraian ekoran kesusahan yang dihadapi. Selain itu musibah boleh menjadi rahmat kerana ia boleh menyedarkan seseorang itu akan kelemahannya dan kebesaran Allah.
Ini boleh membawa kepada kesedaran untuk bertaubat, sekali gus menjadikan musibah itu sesuatu yang positif, iaitu nikmat daripada Allah, akhirnya. Islam panduan hidup
Doa
Apabila seseorang ditimpa musibah teruk yang sukar diubati, jangan sesekali dikatakan bahawa itu adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa lampaunya, sekalipun kemungkinan itu ada. Ada kalanya musibah yang melandanya adalah akibat kesilapannya sendiri. Orang jatuh sakit, umpamanya, mungkin akibat tidak menjaga kesihatannya, termasuk malas bersenam. Islam panduan hidup
Menyentuh adab menziarahi orang terkena musibah atau ujian, Nabi saw menyarankan agar sentiasa mendoakannya sambil berpesan agar terus bersabar dan tidak berputus asa untuk berikhtiar dan berdoa demi mendapatkan pertolongan AllahIslam panduan hidup
Rasulullah saw pernah menjenguk Salman Al-Farisi yang sedang berbaring sakit dan berkata: “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu di kala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan daripada Allah, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.” Islam panduan hidup
Baginda juga melarang seseorang mencela penyakit yang dihadapinya. Rasulullah saw pernah menegur Ummu Saib yang mencela penyakit demamnya. Islam panduan hidup
Sabda baginda: “Janganlah kamu mencela demam. Sesungguhnya demam itu mengikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR Muslim) Islam panduan hidup
Dalam sepotong hadis lain, baginda bersabda: “Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya melainkan Allah menggugurkan keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR Al-Bukhari dan Muslim). Hikmah di sebalik sakit yang Allah berikan itu juga merupakan ruang kesempatan untuk seseorang beristirahat setelah sekian lama otot-otot badannya memerlukan rehat. Melalui sakit, manusia dididik melihat betapa pentingnya menjaga kesihatan. Selalunya orang yang sakit akan sentiasa ditemani, dilayani dan disediakan dengan makanan yang baik. Islam panduan hidup
Setiap ujian Allah SWT pasti ada hikmahnya
Adanya sakit juga bertujuan mendidik manusia agar tidak bersikap sombong kerana ada kalanya manusia terlupa bahawa dia tidak selalunya gagah, berpengaruh dan berkuasa. Islam panduan hidup
Ia sekali gus diibaratkan ruang untuk seseorang merenungi diri atau bermuhasabah diri serta menginsafi setiap kesalahan mahupun dosa-dosa yang dilakukan. ’Apabila seseorang ditimpa musibah teruk yang sukar diubati, jangan sesekali dikatakan bahawa itu adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa lampaunya, sekalipun kemungkinan itu ada. Ada kalanya musibah yang melandanya adalah akibat kesilapannya sendiri.