Saturday, April 27, 2013

KENYATAAN MEDIA: Calon N.052 DUN Pangkor, MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI


HAK AKSES KEPADA PENGUNDI TERMASUK PENGUNDI TLDM, TAWARAN PAKATAN RAKYAT KEPADA TENTERA LAUT DAN KEBEBASAN UNTUK MEMILIH
Calon N.052 DUN Pangkor, MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Isu pertama adalah respon kepada beberapa program yang dianjurkan sewaktu tempoh kempen PRU 13 yang berbaur kempen politik bagi menyokong pihak barisan nasional. Matlumat yang diterima mendapati sebanyak 2 program besar telah dilaksanakan, pertama adalah ceramah Perpaduan Melayu Menjelang PRU 13 yang diadakan di Dewan Sidek di KD Pelanduk yang di sampaikan oleh Timbalan Presiden Perkasa, Dato Abdul Rahman Bakar dan Pimpinan TIBAI. Program kedua adalah pada 3 hari lepas, ceramah Perpaduan Ummah yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut dihadiri oleh calon Barisan Nasional yang bertanding . Kesemua program ini adalah dipercayai berbentuk hasutan membenci pembangkang dan bermain sentimen kaum.


Tun Dr Mahathir Mohamad Dewan Sidek di KD Pelanduk Lumut
Tun Dr Mahathir Mohamad Dewan Sidek di KD Pelanduk Lumut
Malangnya dalam pada masa yang sama, pimpinan Keadilan dan Pakatan Rakyat terutamanya calon yang bertanding di Parlimen Lumut dan DUN Pangkor tidak mempunyai akses untuk bukan sahaja berkempen  malah menemui pengundi.

Isu kedua yang ingin dibangkitkan adalah penegasan semula tawaran Pakatan Rakyat kepada Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Tawaran ini dilakukan atas keprihatinan Pakatan Rakyat terhadap kebajikan bekas parajurit yang telah berkhidmat kepada Negara. Seperti yang telah termaktub dalam manifesto pakatan rakyat, Pakatan Rakyat akan memberi 3 tawaran utama yang khusus kepada pesara TLDM:

1.       RM500 juta akan diperuntukkan kepada Tabung Usahawan Kecil Perajurit bagi membantu bekas perajurit terlibat di dalam aktiviti ekonomi selepas tamat berkhidmat. Selain bantuan modal, Tabung Usahawan Kecil Perajurit akan dipertanggungjawabkan untuk melatih dan menjadi mentor kepada bekas perajurit yang menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.

2.       Pakatan Rakyat akan menaikkan caruman kerajaan ke dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dari 15% kepada 20% untuk menjamin simpanan masa depan perajurit. Caruman tambahan 5% tersebut akan ditadbir di dalam satu tabung khas dan diasingkan dari sumbangan ke tabung pencen, untuk digunakan bagi membiayai dana dan bantuan terus kepada perajurit berpencen dan tidak berpencen.

3.       Pakatan Rakyat akan memperkenalkan Dividen Perajurit iaitu imbuhan kepada bekas perajurit yang tidak berpencen sebanyak RM2,000 setiap tahun, daripada peruntukan tambahan kerajaan dan laba keuntungan LTAT. Anggaran peruntukan bagi membiayai Dividen Perajurit adalah RM400 juta setahun.

Fokus ketiga dalam sidang media ini adalah jaminan keselamatan dan kebebasan untuk memilih pada hari pengundian awal 30 april akan datang. Melalui perubahan sistem pengundian pos kepada undi awal, pemilih dikalangan tentera perlu diberi jaminan keselamatan dan kebebasan untuk membuat undian. Ugutan dan suasana takut adalah merupakan satu kesalahan dalam pilihanraya.

Mengambil kesempatan ini, saya selaku calon KEADILAN bagi N52 DUN Pangkor ingin menyeru para pengundi dikalangan tentera agar keluar mengundi dan membuat pilihan yang tepat. Kerakusan rasuah dan salah gunakuasa serta tekanan-tekanan yang dikenakan keatas parajurit bakal menjadi faktor untuk parajurit memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ini. Pakatan Rakyat menawarkan masa depan yang lebih cerah kepada anggota keselamatan khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia.

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Calon N.052 DUN Pangkor bagi Parti Keadilan Rakyat

Kejayaan Sistem Pendidikan di Finland