Monday, April 29, 2013

Keputusan pru-13: Dengan ini Putrajaya pasti milik Pakatan Rakyat. Takbir !!

Demi Rakyat, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kini menyertai Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat sebagai penasihat ekoran berlakunya banyak insiden keganasan politik di seluruh negara ini akhir-akhir ini.
Tan Sri Musa Hassan kini menyertai Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat
Dalam kenyataan bersama dengan Musa, bekas ketua turus tentera darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang juga calon Pakatan di Parlimen Johor Bahru berkata, beliau secara peribadi menawarkan jawatan itu kepada Musa.

"Sebagai pihak yang menghabiskan sebahagian besar hidup kami melindungi dan berkhidmat kepada rakyat Malaysia untuk memastikan keselamatan dan keselamatan di negara kita, kami berharap keganasan politik tiada tempatnya lagi dalam proses demokrasi kita," kata Hashim.

Majlis itu ditubuhkan bagi tujuan mempermudah peralihan kuasa dan juga memastikan pilihan raya dijalankan dengan aman.