Monday, April 29, 2013

Meneruskan Kecemerlangan Pakatan Harapan Rakyat di Selangor


Selama 5 tahun berada di kawasan Dun Sri Muda, reaksi penduduk begitu meyakinkan untuk terus menyokong Pakatan Rakyat (PR) kerana pelbagai rencana telah dilaksana dengan baik.  Dari segi infra mahupun polisi serta dasar Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dianggap adil kepada semua rakyat.
Shuhaimi Shafiei Calon N50 Dun Sri Muda
Kawasan luar bandar atau kampung merupakan kawasan tumpuan PR dari segi pembaikan jalan serta menstuktur jalan baru. Bukan sahaja jalan utama malah kawasan lorong-lorong kampung juga diambil perhatian. Contohnya di Kg Johan Setia, Kg Jalan Kebun, Kg Bukit Naga dan Kg Bukit Lancong.

Penggal 2008-2013 juga kami sedang membina 2 buah masjid; pertama di Taman Sri Muda dan yang kedua di Kg Johan Setia. Sementara tapak Masjid Kota Kemuning sudah siap sedia untuk dibangunkan sebuah lagi masjid sebagai mercu tanda baru bagi Parlimen Kota Raja. Untuk Taman Sri Muda pembinaan sudah melepasi 95% dan akan siap hujung Mei ini. Manakala di Kg Johan Setia akan siap September depan.

Permintaan penduduk untuk mendirikan Masjid Taman Sri Muda ini sudah lama dibuat. Hasil kerjasama dengan penduduk dan jawatankuasa masjid sedia ada, akhirnya rumah ibadah ini berjaya memulakan pembinaan pada tahan 2010.

Melihat pada sudut pendidikan pula, jelas kami telah menjayakan polisi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan  mewujudkan 4 buah Pusat Tuisyen Rakyat Selangor secara percuma (PTRS) kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. PTRS yang beroperasi di Dewan Orang Ramai Zon B Taman Sri Muda, Dewan Serbaguna Masjid An-Naim Kg Jalan Kebun , Sekolah KAFA Kg Johan Setia dan Dewan Orang Ramai Seksyen 27, Shah Alam.

Manakala hak kaum bukan bumiputera sama sekali tidak kami nafikan dimana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mewartakan 4.0 ekar tanah tapak rezab SJKC Khee Beng, Bukit Kemuning serta sumbangan makmal ICT pada SJKT Ladang Emerald dan di SJKT Hicom, Sek 27, Shah Alam. Pakatan Rakyat memastikan seluruh anak bangsa Malaysia dari kaum Melayu, Cina dan India mendapat pendidikan yang baik selaras dengan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat.

Namun akibat sentimen politik jumut, masih ada suara sumbang yang masih tidak berpuas hati dengan perkhidmatan PR. Namun cabaran ini adalah asam-garam dunia politik dimana kami menerima sebagai kritikan untuk meningkatkan prestasi. Pihak Dun Sri Muda sudah malakukan yang terbaik dan majoriti penduduk Dun Sri Muda sangat berpuashati menerima perkhidmatan kami dengan lapang dada.

Pakatan Rakyat di Dun Sri Muda sudah masak dengan demografik serta permaslahan penduduk di kawasan ini berbanding seteru kita di N50 Dun Sri Muda yang masih merangkak untuk menyelami masalah penduduk.

Sentuhan Pakatan Rakyat di N50 Dun Sri Muda bermula 2008 adalah manifestasi bahawa kami bersedia dan mampu memberi perkhidmatan yang cekap dan telus. Maka pada 5 Mei ini kuasa ditangan rakyat untuk membuat keputusan bersejarah memperkukuhkan kemenangan rakyat di Selangor dan menapak di Putrajaya.

Shuhaimi Shafiei
Calon N50 Dun Sri Muda
Ketua Penerangan Selangor 
Ini Kali Lah, yes! ... Ini Kali Lah !
Ini Kali Lah.. Kita Lawan !
Kita Lawan, yes! ... Lawan Tetap Lawan !!
Kita Lawan dan Kita Tawan