Friday, April 12, 2013

Menteri sibuk politik sehingga kesejahteraan rakyat terabai


Hujan lebat dan ribut petir
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sibuk berpolitik untuk meneruskan agenda Umno BN meratah khazanah negara dan hak rakyat sehingga tanggungjawab sebenarnya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar terabai.
KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan ribut petir selama sejam mulai 5.30 petang kelmarin menyebabkan banjir di beberapa jalan raya di Kuala Lumpur, selain menumbangkan sebatang pokok di tempat letak kereta Masjid Negara.
Antara jalan raya yang ditenggelami air ialah Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin and Jalan Segambut, kata seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, banjir itu menyebabkan kesesakan di beberapa jalan raya utama ketika pekerja pulang dari pejabat.