Kita semua perlukan Anwar Ibrahim ~ Sofi, Kerajaan Rakyat

Thursday, April 4, 2013

Nota ringkas buat macai dan calon pru-13 PKR

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
 ibu pejabat PKR, Tropicana
Dua tiga hari ini, ada yang saya melihat, ada yang saya bertemu dan ramai yang dapat saya perhatikan gelagat pemimpin sedia ada dan bakal calon Parti KeADILan Rakyat (PKR) untuk PRU-13, saya naik meluat. ! Sembang, bicara dan gaya mereka bukan seperti pejuang yang ingin 'memerdekakan negara', tetapi seolah mereka sudah jadi taukey di Putrajaya!

Mereka lupa, mereka bukan hanya dikelilingi pengundi, tetapi mereka diperhatikan oleh penganalisa yang menulis dan pendengar yang menebar-luas cerita..

Dalam isu yang sama, beberapa petugas setengah masak di ibu pejabat PKR, Tropicana, nampaknya sudah mula perasan seakan mereka bertugas di Perdana Putra, Putrajaya! Hadoi, berat kes malaun-maluan macai PKR ni, lagak mereka mengalahkan pimpinan parti.. !

Kerajaan Rakyat amat berharap Pak Ibrahim Yaakob (calon PKR, Parlimen Setiawangsa PRU-13) selaku Ketua Staf pejabat Keadilan dapat melihat dan beri perhatian kepada perkara seumpama ini yang boleh menjejaskan nama baik parti dan kakitangan lain!

Kepada Sdra. Anwar Ibrahim, ana cukup simpati; jaring ante kerap bolos, lolos.
Apapun urutannya, doa ana tetap tulus buat ante, in sha Allah