Saturday, April 6, 2013

Pakatan Rakyat mempunyai lebih ramai calon Melayu berbanding BN

Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang yang lantang, menyeru pengundi Melayu menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang kerana jika Pakatan Rakyat kuat, mereka akan mendapat lebih manfaat.

Zaid menyer
u orang Melayu yang membentuk blog pengundi terbesar supaya memberikan peluang kepada pembangkang membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.
Kerajaan baru akan membolehkan kamu membandingkan dengan apa yang kita ada sekarang. Kamu sudah diberitahu berulang kali, selain Umno-BN, tiada sesiapa boleh mentadbir.

“Tetapi lebih baik untuk kamu cuba sendiri? Macam mana kita tahu Pakatan akan lebih teruk daripada Umno jika mereka tidak diberi peluang?” soal Zaid d
alam blognya semalam.

Lagi pun tambahnya, gabungan pembangkang mempunyai lebih ramai keanggotaan Melayu berbanding BN “yang menjadikan mereka tidak akan 
mengapa-apakan kamu”.

Nota ringkas buat macai dan calon pru-13 PKR
Semuanya kerana sehelai kertas