Pilihan raya kecil N25 Kajang. Kita semua perlukan Anwar Ibrahim ~ Sofi, Kerajaan Rakyat

Wednesday, April 17, 2013

Polis kenal pasti 8 Parlimen, 13 DUN panas di Sabah

UBAH SEKARANG BERSIHKAN MALAYSIA
KOTA KINABALU - Polis Sabah mengenal pasti lapan kawasan Parlimen dan 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) panas di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata kawasan Parlimen yang dijangkakan panas ialah Tuaran, Sandakan, Tawau, Kota Kinabalu, Beaufort, Sepanggar, Penampang dan Pensiangan.

Bagi DUN pula, kawasan yang dikategorikan sebagai panas ialah Likas, Luyang, Api-Api, Inanam, Kepayan, Sri Tanjong, Klias, Kuala Penyu, Tanjong Papat, Karamunting, Elopura, Binkor dan Merotai.

"Kita anggap kawasan ini panas bukan kerana faktor keselamatan, tetapi persaingan yang akan berlaku di situ,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil parti di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini hari ini. - BERNAMA