Wednesday, April 10, 2013

PRU-13: Badrul Hisham Shahrin calon PKR DUN Sungai Aceh

Menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)
Calon Pilihan Raya Umum ke-13

Badrul Hisham Shahrin, lebih dikenali sebagai Chegu Bard
Badrul Hisham Shahrin, lebih dikenali sebagai Chegu Bard telah diumumkan sebagai calon parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi DUN Sungai Aceh dalam pilihan raya umum akan datang. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Badrul Hisham Shahrin, lebih dikenali sebagai Chegu Bard adalah pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Kerusi DUN Sungai Aceh bermajoriti Melayu ini telah menjadi rebutan antara PAS dan PKR terletak dalam kawasan parlimen Nibong Tebal.

Terdapat spekulasi bahawa penyandang Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Mujahd Rawa Yusuff akan diletak bertanding di situ.

Bagaimanapun, Mansor berkata PAS dan PKR Pulau Pinang telah menyelesaikan rundingan untuk kerusi Sungai Acheh dengan merestui calon PKR bertanding di situ.


"Kami percaya Chegu Bard akan membawa kemenangan kepada Pakatan dan perubahan kepada kawasan Sungai Acheh," katanya.

Chegu Bard kalah tipis ketika bertanding menentang Khairy Jamaluddin di Rembau dalam pilihan raya umum 2008.

Faiz Musa tentang PM di Pekan


Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Pekan, yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, lapor Bernama. 
    
Fariz, bekas guru berusia 43 tahun berasal dari Marang, Terengganu. 
    
Beliau juga dilantik sebagai Penyelaras Pilihan Raya PKR Parlimen Pekan.
    
Anwar turut mengumumkan Ketua Cabang PKR Kuala Lipis, Zakaria Abdul Hamid, 48, seorang jurutera, akan bertanding di Parlimen Bera. 
    
Di majlis pengumuman calon di sebuah hotel di Kuantan, Anwar menegaskan semua calon yang diumumkan itu perlu disokong sepenuhnya ahli-ahli parti berkenaan dan jika ada yang bertindak menjadi calon Bebas, mereka akan dipecat daripada parti.
Selagi Umno BN Perintah, selagi itulah khazanah rakyat diratah.. !! 
Nota ringkas buat macai dan calon pru-13 PKR
PR mempunyai lebih ramai calon Melayu berbanding BN