Thursday, April 11, 2013

PRU-13: Berebut nak jadi YB, PKR dan PAS berperang sesama sendiri

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah, DUN Sungai Acheh
PAS akan bertembung dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat - PKR - dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN Sungai Acheh dengan meletakkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah (gambar kanan) sebagai calonnya di situ.

Keputusan itu dibuat selepas Pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman malam tadi mengumumkan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebagai calon parti itu di kerusi berkenaan yang terletak dalam kawasan pilihan raya Tebal Nibong.



Badrul Hisham Shaharin
Badrul Hisham Shaharin (kiri) ni rasanya TIDAK LAYAK jadi calon di DUN Sg Aceh kerna dia bukan pengundi berdaftar di sana... Saya rasa Datuk Mansor Othman buat kesilapan dalam pengumuman tersebut. Andai betul Badrul Hisham bukan pemilih di DUN Sg. Aceh, maka sikap culas dan lalai Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman amat memalukan PKR. Kesilapan teknikal seperti ini tidak seharusnya terjadi.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man membuat pengumuman tersebut di Pongsu Seribu -  kubu kuat parti itu di Tasek Gelugor pada kira-kira jam 10 malam ini.

Beliau berkata, pihaknya yakin calon-calon parti itu boleh menyapu bersih semua kerusi dalam pertandingan dengan Umno.

Menurut Salleh, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat yang panjang dengan kepimpinan PAS di Kuala Lumpur, semalam.

"Keputusan kami adalah muktamad," katanya, sambil menambah bahawa kepimpinan pusat juga telah memutuskan senarai calon untuk seluruh negara.

Katak hitam minta nyawa dari Najib Razak

Salleh lagi mengumumkan parti itu akan bertanding dua kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum ke-13, yang ditetapkan pada 5 Mei.

Calon bagi dua kerusi parlimen ialah setiausaha Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden di kerusi Kepala Batas, dan bekas presiden Dewan Perniagaan Melayu, Datuk Abdul Rahman Maidin di Tasek Gelugor.

Calon-calon bagi empat lagi kerusi DUN termasuk Roshidi Hussein (Penaga), Arshad Md Salleh (Permatang Berangan), Asnah Hashim (Bayan Lepas) dan Zahadi Mohamad (Sungai Dua).

Setiap calon, tampil memberi ucapan ringkas selepas nama mereka diumumkan.